Kurang Gula
Kurangkan gula, lebih bertenaga. 7 hari tanpa minuman bergula — badan anda akan berterima kasih. Langkah kecil, perubahan besar.
Manfaat Cabaran Ini
Tenaga lebih stabil sepanjang hari tanpa "sugar crash"
Kurangkan risiko diabetes jenis 2
Bantu penurunan berat badan
Kulit lebih sihat dan gigi lebih kuat
Bagaimana Ia Berfungsi
-
1
Sertai cabaran dan tetapkan niat anda
-
2
Elakkan minuman bergula — pilih air kosong, teh o kosong atau kopi o kosong
-
3
Check-in setiap hari anda berjaya
-
4
Lengkapkan 7 hari berturut-turut untuk dapatkan lencana!
Soalan Lazim
Boleh ke minum kopi atau teh?
Boleh, asalkan tanpa gula. Cuba kopi o kosong atau teh o kosong — lidah anda akan sesuaikan diri dalam beberapa hari.
Macam mana dengan buah-buahan?
Buah segar dibenarkan! Gula semula jadi dalam buah datang bersama serat dan vitamin. Yang perlu dielakkan ialah gula tambahan.
Apa nak buat bila mengidam manis?
Minum air dahulu, kemudian cuba buah segar seperti tembikai atau epal. Mengidam biasanya hilang selepas hari ke-3.
MalaysiaSihat Bersama Anda
Langkah kecil hari ini,
kesihatan lebih baik esok.
Dapatkan tips kesihatan, pemakanan, senaman dan berita terkini terus ke emel anda setiap minggu.